Thursday, January 17, 2013

Ayam Penyet Lamongan,MITC


Abis kelas pukul 4.30 , mata sumpah rabak gila, eye bags dah tebal menggunung...tiba-tiba ada suara sumbang housemate ajak keluar makan kat MITC, Melaka....adoi ini semua memerlukan iman yang kuat untuk melawan nafsu ni, nafsu makan, nafsu boros and buang duit merata-rata...omai omai goshh!! MANA MAMPU NAK LAWAN BAB MAKAN AND BAB MEMBAZIR !!!!

"Sedap ke makan kat situ"..."Sedap gila, keluarga aku and keluarga Meera makan kat situ pon kata sedap gak..ikan dia 2 ekor, ayam dia besar gila...BERBALOI !! "
Wey, elergic aku dengar perkataan SEDAP and BERBALOI tu....hilang semua motivasi and azam untuk berjimat, omai omain goshh my money flows like water yang super deras wey T__T


The housemate including Aimi the photographer of this picture..hihi...teka la suara sumbang sape yang mengheretku mencekik di sini...ohh duit ku, ohh jimat ku....

Tapi aku selalu pesan kat diri sendiri, kalau bab makan, jangan pernah regret...perut kita jugak yang kenyang, kalau makanan tu puas hati kenapa nak ratap and menyesal kan? aishh mana ada barang baik comes with low price sekarang ni...yer tak?

Dari luar memang nampak sempit kedai ni..yup it is...tapi relax, banyak lagi seat kat belakang kedai...so boleh la kalau nak datang and angkut ramai-ramai kan...hihi...Decorasi kedai ni boleh di puji, cantik and tenang...tapi service kau, sumpah gampang ! Ehh suka hati kitorang la nak pergi tandas ke, nak gelak-gelak ke...urghh bengang betul dengan WAITER kat sini...



Pecel Lele...kelakar kan nak sebut, nak cakap kat waiter tu pon macam yakin tak yakin je...last-last order, "Bang, nak ikan ni la bang" je...ohhh pecel lele ni ikan keli kot, dalam bahasa indon kot..haha main bantai je ni...tapi mostly kedai ayam penyet tulis ikan keli ni as pecel lele...nampak tak tu? 2 ekor siot, garing and sedap! Nasi uduk pure gila, urghh memang sedap and berbaloi...haaa tu yang penting kan?

It costed me RM8 for this pecel lele, and RM8.30 for ayam set...hidangan lengkap, mematuhi piramid makanan la kot kan? ada nasi, ikan/ayam/sotong/udang, ada sayur, kekacang which is tempe and tauhu goreng...yummay!


Uishh makan kasi licin and clear gila...aku yang kurung kering pon, makan habis...tinggal kertas minyak and bakul tu je wey...well tengok perut la kan, haha....9 orang makan, costed us RM92++...reasonable and worth-buying! Honestly said, kalau service dia bagus, aku akan give them 5/5...tapi dah waiter dia buat taik, i deduct 1.5 stars! So 3.5 je la ea...hihihi sakit hati punya pasal ni!



LOCATION : No 18, Jalan KF 3, (Taman Kota Fesyen, MITC), Melaka75450Malaysia...dekat dengan KK Home Deco and berhadapan dengan Mydin Supermarket...

1 comment:

Hanie said...

ayam penyet kegemaran suamiku. hehehe.. serius mmg sedap kan..

Jom exchange link : http://rujukvitaminku.blogspot.com/