Thursday, October 4, 2012

Catch-up & Preview Movies


Waktu aku update entry ni, aku asik merungut je.....
Ehh Yien, kau ni macam tak sedar diri je...ehh sedar tak sekarang ni musim final exam? final exam tau, bukan test cikai-cikai !!

Well adat university kan, final exam bukanlah sesuatu yang ringan and boleh diambil remeh...weyy budak-budak sekolah, enjoy la dengan exam korang kat sekolah tu okay!
Exam,test,quiz and final exam kat university...lagi susah and jauh lagi pressure nak dibandingkan dengan SPM budak sekolah tu...urghhh do trust me peoples!!! Oleh itu, jangan tanya, jangan pelik kenapa blog aku ni agak-agak terbengkalai :)

But then, aku sedar tentang kesusahan and ke-pressure-an final exam ni...tapi, tapi, and tapi..................
Aku lagi berminat nak relex-relex and enjoy dulu...HAHAHA macam bangang kan ayat tu? macam orang pandai......
Aku asik merayau je..catch-up movies yang bersepah-sepah keluar...movie best-best pulak tu....urgghhh hanyut betul la.....

Back to my topic, disebabkan setakat hari ni,minggu ni...dah 2 movies yang aku tengok...so macam seronok untuk nak di share....jom :)


BAIT



Cerita ni memang terbaik la...seriously seram and ngeri..
Kisah white shark yang dihanyutkan oleh ombak tsunami masuk ke dalam supermarket....boleh bayangkan x? Great white shark kat dalam supermarket, air cetek and ada orang dalam supermarket tu ?? Gila seram !
Mayat dalam cerita ni pon, sumpah ngeri and real..kompem buat korang kembang tekak and geli untuk tengok mayat yang terbengkalai tu...eiuuuu



Hero cerita ni hensem, tapi heroin dia biasa-biasa je.....overall cerita memang best and sesuai kalau korang minat untuk menjerit-jerit dalam panggung wayang ok....




Ohh sememangnya cerita BAIT ni bergenre 18sg...which means Indah sepatutnya tak boleh tengok kan? Well hidup kena bijak kan...aku dengan Kak Ayu, angkut je minah tu masuk tengok cerita ni...sebab Indah ni ada masalah, dia tak reti nak beza kan ikan bilis dengan ikan jerung ...pelik ? tapi tu la hakikatnya...that's why nekad je bawak dia tengok cerita BAIT ni... TERBAIK!



HOTEL TRANSYLVANIA






















I was really attracted with the first poster, "DRACULA AND HIS DAUGHTER" ...hehe...cumil kan bunyi :)
Overall cerita ni, agak slow and biasa-biasa je sebenar nya....ntah, aku tak biasa sangat nak tengok cerita cartoon...so macam tak pandai sangat nak komen...
Flow cerita ni memang lembab, kisah anak dracula yang teringin nak keluar explore the world, tapi dihalang oleh ayah dia...sebab ayah dia try to protect her so bad....kisah tu, berbaur kat situ je, macam tak well expand!



Tapi cerita ni memang cumil, adat la cartoon kan...cerita ni penuh dengan part yang kelakar and lucu! walaupun cerita dia tak well expand, tapi kelakar and cumil! Hotel Transylvania ni sebenarnya hotel yang dibina khas untuk segala hantu dan raksasa...no humans are allowed!


















Actually, ni first time aku bawak Indah tengok movie cartoon....sebelum ni, aku macam tak pernah ikut naluri Indah sebagai budak-budak...sebelum ni, apa cerita yang aku nak tengok, dia akan tengok jugak..aku tak pernah consider apa cerita yang Indah nak...so this is, my very first time bawak Indah tengok cartoon...
Her reaction ? Totally excited! :)

1 comment:

cik elly said...

ayien mcm seronok je cite bait tu ! nk tgk laaaa