Aku pon tak ingat when the last time aku lepak dengan si Tomey ni...
Sejak dia dengan dak Eppy break off, jarang sangat dapat jumpa mamat ni...almaklum la, dah jadi orang JB dah sekarang ni...hihi...memang sape-sape yang putus cinta akan bawak diri ke JB ea? urghh kompius sekejap...
Hehe suka hati aku je kalau nak bercerita tu...cara cakap macam la Tomey tu frust melampau...haha...actually dia ke JB sebab dapat offer S.P.A kat sana, so semakin makin belagak la kau ea!
Apa yang best dengan S.P.A ni? harus la berita elaun pelajar S.P.A dah naik melonjak, dengar cerita RM1000 kot sebulan...fuyooo belajar and dapat duit? Apa lagi, kita bodek-bodek la si Tomey kedekut tu...hihi...
"Woi Tomey, jom naik KL...overnight kat sana nak? kau payung duit makan...hihi" ...."ehh kau ajak, tapi aku belanja?" ...."Elehh nak kedekut dengan aku? kang aku ungkit kang, haa" ni ayat kejam ni, sesi ungkit mengungkit.... "adoi, ye la...aku pon nak beli barang ni...datang amik aku"....
Weheee tayang muka excited...ada orang nak belanja kita makan yeyeah...ada orang nak belanja kita shopping baju, wehee.....I am a princess of the day, suka nyew....sila lempang laju laju!
Actually aku excited lebih sebab dah lama kot tak lepak dengan mamat ketat and sedat a.k.a Tomey...miss him a bit, and tak sabar nak huhahuha dengan dia...wink wink
Hilang sedikit ke-excited-an tu sebab Tomey belanja Wendy's je....urmm niat hati nak ketuk dia mahal mahal sikit...tekak nak makan lain, tapi dia offer lain...aishhh tak pe, yang penting DIA BELANJA okay !
Macam ntah pape je kan, orang belanja makan pon nak kecoh-kecoh....ehhh harus lah kecoh, jarang tau aku terima offer orang nak belanja-belanja ni...takut di-cop kikis harta orang punye pasal T__T
Tomey and his buddy, Fakhri yang super annoying! urghh tak kisah la, yang penting ada orang belanja kita shopping! weheee again aku excited lebih...suka sangat camtu! Secara jujur nya, memang tak seronok langsung shopping dengan kaum Adam yang tak de taste langsung....aku pilih ini, dia kata tak cantik...aku pilih itu, dia kata macam kain buruk...aku tak pilih pape langsung, dia kata "ehh mustahil kau tak nak beli barang...pilih la cepat, kali ni mesti OK punya!" ..at that moment, "Eppy, I really want you to be here! Nak shopping dengan kau lagi seronok :( "....
Having sisha at Babylon, Bukit Bintang....memang activity wajib kalau naik KL dengan si Fakhri ni...mesti cari kedai arab untuk sisha...well kat Melaka memang tak de sisha arab yang gila kaw la! We look really wild here, but actually not...tempat ni memang lighting dia gelap, cawan arabic tea tu pulak macam cawan club...people might misunderstood, but I am just telling a true view...lepak macam tak ingat dunia, chit chatting macam mak nenek bergosip, huhahuha macam dah tak ada hari esok untuk nak bercerita..I love that moment :)
Dan disebabkan termakan pujukan and tekanan mental dari 2 lelaki (well kalau bab payment, memang semua manusia akan liat...and haruslah ada sesi pujuk memujuk, acah-acah sikit) , and aku yang bayar kan bill ini dengan SUKARELA...hey hello, bill sisha lagi mahal dari bil makan tadi....ohh ongkos ku, ohh harta ku...ohh tidak T___T
Tapi disebabkan seronok and rindu nak lepak dengan kau punya pasal, ishh aku ikhlas kan aje ongkos ku itu...demi kau ea Tomey! Ingat tu...
I miss our relationship, hope to see you again...hope dapat lepak sama-sama lagi, hope kau belanja aku makan kat Victoria Station pulak lepas ni (sempat lagi mintak belanja) ...I miss you Tomey, badly :)
0 comment:
Post a Comment